Untuk
ruangan kali ini, saya akan mengemukakan dua konsep iaitu homofon dan
homograf. Pelajar perlu mengetahui konsep ini bagi membantu mereka
menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai mengikut konteks ayat.
Homofon (bahasa
Inggeris: Homophone) merujuk kepada perkataan yang disebut sama
dengan perkataan lain tetapi berbeza dari segi maksud. Ia terbahagi kepada 2
iaitu:
Homofon yang
dieja serupa tetapi mempunyai maksud yang berbeza, atau merujuk kepada perkara
yang tidak sama. Contoh, "buku" (bahan bacaan)
dan "buku" (bahagian di antara dua ruas);
Homofon yang
dieja berbeza tetapi mempunyai sebutan yang hampir sama. Contoh,
"massa" (dalam perkataan media massa) dan "masa" (waktu),
atau "golongan" (kumpulan) dan "gulungan" (benda yang
dilipat hingga berbentuk bulat panjang).
Homograf merujuk
pada kata yang sama ejaan tetapi berlainan sebutan. Contoh: “bela”
(menjaga atau memelihara) dan bela (tuntut atau membalas balik).
Latihan:
Homofon
Bina
sepasang ayat dengan menggunakan setiap patah perkataan di bawah ini, untuk
menunjukkan perbezaan maknanya.
(a) telur
- telor
(b) seluk
– selok
(c) gelang
– gelang
(d) cocok
– cucuk
(e) gulungan
- golongan
Latihan: Homograf
Bina
sepasang ayat dengan menggunakan setiap patah perkataan di bawah ini untuk
menunjukkan perbezaan maknanya.
(a) Rendang
– rendang
(b) Perang
– perang
(c) bena
– bena
(d) semak
– semak
(e) tepak
– tepak
orite, makaseh byk2
ReplyDeleteusefull
ReplyDeleteHawau lah
ReplyDelete😰
It was at this momment that he realize BM is also fu*ked up.
Delete